background

Bagaimana kami boleh membantu anda?

Sokongan kukuh & halaman FAQ kami memberi jawapan segera dan pilihan bantuan yang jelas.

background

Pusat Soalan Lazim (FAQ)

Ruangan khusus ini direka untuk memenuhi keperluan segera anda, membina keyakinan pengguna dan menggalakkan kebolehan menyelesaikan isu secara kendiri.

  • Di mana M4Markets dikawal selia?

    M4Markets ialah nama dagangan. Perkhidmatan disediakan oleh syarikat-syarikat dalam kumpulan yang masing-masing dilesenkan dalam bidang kuasa masing-masing: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus di Cyprus, Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Seychelles di Seychelles dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai di Dubai.

    Anda boleh membaca lebih lanjut tentang pengawal selia kami di halaman khusus yang disediakan.

  • Mengapa saya perlu memuat naik dokumen yang diminta?

    Sebagai syarikat yang dikawal selia, kami beroperasi mengikut beberapa peraturan pematuhan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Seychelles. Prosedur ini memerlukan kami mengumpul dokumen lengkap daripada pelanggan berkaitan dengan proses KYC (Kenali Pelanggan Anda), termasuk salinan kad pengenalan yang sah dan bil utiliti atau penyata bank terkini (dalam tempoh 3 bulan) yang mengesahkan alamat yang telah didaftarkan oleh pelanggan.

  • Perlukah saya memuat naik dokumen baharu setiap kali membuka akaun dagangan dengan M4Markets?

    Tidak. Anda tidak perlu memuat naik dokumen baharu untuk setiap akaun dagangan. Jika anda menggunakan maklumat peribadi dan butiran hubungan yang sama seperti akaun sebelumnya, akaun baharu anda akan disahkan secara automatik selagi dokumen KYC anda masih sah dan belum tamat tempoh.

  • Bagaimana saya boleh mengemaskini maklumat peribadi saya?

    Untuk menukar alamat emel, kata laluan, bahasa komunikasi dan tetapan notifikasi, sila pergi ke bahagian Profil dalam Portal Pelanggan anda dan klik pada Tukar. Untuk menukar maklumat peribadi lain yang telah dihantar, sila isi borang di halaman Hubungi Kami.

  • Adakah anda menawarkan akaun korporat?

    Ya, kami menawarkan akaun korporat. Jika anda berminat untuk membuka akaun korporat, sila hubungi kami.

  • Bolehkah saya membuka lebih daripada satu akaun dagangan?

    Ya, anda boleh membuka dua akaun dagangan bagi setiap jenis akaun.

  • Adakah anda menerima pelanggan dari Amerika Syarikat?

    Malangnya, penduduk Amerika Syarikat tidak boleh membuka akaun dagangan dengan kami. Kami memohon maaf atas kesulitan ini.

  • Adakah anda menawarkan Akaun Islamik?

    Ya, pedagang Muslim boleh memohon Akaun Swap-Free melalui Portal Pelanggan mereka di bahagian akaun.

  • Bagaimana saya boleh menetapkan semula kata laluan Portal Pelanggan saya?

    Untuk menukar kata laluan, log masuk ke Portal Pelanggan anda dan pergi ke bahagian profil. Apabila diminta, masukkan kata laluan semasa anda dan kemudian masukkan kata laluan baharu anda.

  • Berapa lama masa yang diambil untuk membuka akaun dagangan?

    Kurang daripada 1 minit! Kami telah mengujinya sendiri.

  • Berapa lama tempoh sah Akaun Demo saya?

    Akaun Demo anda sah selagi anda memerlukannya. Namun, akaun demo akan dipadam secara automatik selepas 30 hari tanpa aktiviti.

  • Saya tidak dapat log masuk ke akaun dan perlu menutup posisi terbuka. Apa perlu saya lakukan?

    hubungi kami atau hantarkan permintaan melalui emel menggunakan alamat emel yang didaftarkan dengan akaun anda.

  • Saya terlupa kata laluan Portal Pelanggan saya. Bagaimana saya boleh menukarnya?

    Jika anda terlupa kata laluan, klik pilihan “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk kawasan pelanggan. Anda akan menerima emel untuk menetapkan semula kata laluan anda.

  • Adakah saya boleh kerugian lebih daripada jumlah deposit saya?

    Tidak. Di M4Markets, kami menawarkan perlindungan baki negatif, jadi anda tidak akan mengalami kerugian melebihi jumlah yang telah anda depositkan.

  • Apakah deposit minimum untuk membuka akaun dagangan?

    Deposit minimum bergantung kepada jenis akaun yang anda pilih. Untuk Akaun Standard, deposit minimum adalah $5.

  • Apakah perbezaan antara jenis akaun yang ditawarkan?

    Setiap jenis akaun mempunyai struktur komisen dan spread yang berbeza serta keperluan deposit minimum yang berbeza. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang akaun kami di halaman jenis akaun.

  • Bagaimana saya boleh pastikan wang saya selamat dalam akaun dagangan?

    Trinota Markets (Global) Limited dikawal selia oleh Seychelles Financial Services Authority (FSA) sebagai Peniaga Sekuriti (nombor lesen SD035). Semua sistem dan prosedur kami mematuhi peraturan FSA, termasuk pengasingan dana pelanggan, memastikan dana anda disimpan dengan selamat dan berasingan daripada dana operasi syarikat.

  • Bagaimana saya boleh membuka akaun?

    1. Daftar dan sahkan profil anda

    Lengkapkan borang pendaftaran dan akses ke Portal Pelanggan. Isikan profil ekonomi anda, muat naik dokumen yang diperlukan dan sahkan profil anda.

    2. Buka akaun dagangan sebenar & dana akaun anda

    Pilih “Buka Akaun Sebenar” di bawah tab Akaun dan pilih antara Akaun Standard, Raw Spreads, Premium atau Akaun Leveraj Dinamik. Klik “Deposit Dana” di tab Dana untuk membiayai akaun anda melalui pelbagai kaedah pembayaran kami.

    3. Muat turun platform anda dan mula berdagang

    Pergi ke tab “Muat Turun” di bawah Menu Pedagang dan muat turun platform pilihan anda. Lancarkan platform dan mula berdagang.

  • Bagaimana saya sahkan profil saya?

    Bukti Pengesahan Identiti – Salinan berwarna dokumen pengenalan diri (Pasport, Kad Pengenalan, Lesen Memandu, atau dokumen rasmi lain yang mengandungi gambar anda). Dokumen ini mesti sah dan memaparkan nama penuh, tarikh lahir, tarikh dikeluarkan/tamat tempoh dan nombor siri dengan jelas.

    Bukti Alamat – Bil utiliti terkini, penyata bank atau kad kredit terkini, dan lain-lain. Dokumen ini mestilah lengkap (bukan tangkapan skrin), dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan, dan memaparkan nama, alamat penuh (bukan P.O. Box) serta nama penyedia perkhidmatan dengan jelas.

    Profil Ekonomi – Gambaran keseluruhan tentang latar belakang ekonomi anda seperti pekerjaan, sumber pendapatan dan pengalaman dalam dagangan.

     

    Nota: Anda juga boleh menonton tutorial pendek tentang cara mengesahkan profil anda di sini.

  • Apa itu spread?

    Spread adalah perbezaan antara harga ask (jual) dan bid (beli). Akaun Raw Spreads dan Premium kami bermula dari spread serendah 0 pips, manakala Akaun Standard bermula dari 1.1 pips dan Akaun Dynamic Leverage bermula dari 1.6 pips.

    Sila ambil perhatian, semasa berita utama keluar, pasaran mungkin menjadi tidak stabil dan ini boleh menyebabkan spread menjadi lebih luas dan berubah-ubah.

    Baca lebih lanjut tentang spread dan penetapan harga di sini.

  • Bolehkah saya tukar leverage? Bagaimana cara tukar leverage?

    Anda boleh menukar leverage melalui Portal Pelanggan anda. Log masuk dan pilih akaun yang anda ingin tukar leverage dari menu sebelah, kemudian buat permintaan nilai leverage baru yang anda inginkan. Jabatan yang berkenaan akan menyemak permintaan anda dan meluluskan jika sesuai.

  • Bolehkah saya tukar mata wang asas akaun saya?

    Malangnya, anda tidak boleh menukar mata wang asas untuk akaun dagangan sedia ada. Jika mahu, anda boleh membuka akaun dagangan tambahan dan memilih mata wang asas pilihan anda untuk akaun baru tersebut.

  • Adakah anda akan tutup posisi terbuka dan pesanan saya jika saya offline?

    Tidak, posisi terbuka akan kekal terbuka kecuali dalam keadaan pasaran tertentu, contohnya jika Stop Loss atau Take Profit dicapai, atau penutupan pukal pada kontrak hadapan (futures). Trailing Stops dan Expert Advisors akan menjadi tidak aktif apabila akaun dagangan anda offline.

  • Adakah anda melindungi baki negatif?

    Ya, kami menawarkan perlindungan baki negatif untuk semua pelanggan runcit kami.

  • Adakah anda menawarkan perdagangan opsyen binari?

    Tidak, kami tidak menawarkan perdagangan opsyen binari.

  • Bagaimana saya boleh akses laporan dagangan saya?

    Pergi ke platform dagangan anda, klik kanan pada bahagian “Account history” di terminal MT4/MT5, tetapkan tempoh masa dengan memilih “Custom period”, kemudian klik kanan pada “Save report” untuk simpan laporan tersebut. Anda juga akan menerima penyata harian automatik yang menunjukkan aktiviti dagangan anda.

  • Bagaimana saya kira keuntungan atau kerugian 1 pip?

    Jumlah Mata Wang Asas * Pips = Nilai dalam Mata Wang Sebut Harga

    Contoh:

    Nilai 1 pip dalam AUD/USD = 1 Lot (100,000) * 0.0001 = 10 USD

    Nilai 1 pip dalam GBP/CHF = 1 Lot (100,000) * 0.0001 = 10 CHF

    Nilai 1 pip dalam AUD/JPY = 1 Lot (100,000) * 0.01 = 1,000 JPY

  • Bagaimana saya kira margin saya?

    Margin sentiasa dikira dalam mata wang instrumen, kemudian ditukar kepada mata wang akaun.

     

    Untuk kira margin bagi pasangan Forex, gunakan formula ini:

    Lot * Saiz Kontrak / Leverage

    Contohnya, jika anda ingin berdagang 1 lot EURUSD dengan leverage 1:500, pengiraan margin adalah:
    1 × 100,000 ÷ 500 = 200 EUR = 237.53 USD.

     

    Untuk kira margin bagi emas atau perak, formula adalah:

    Lot Saiz Kontrak Harga Pasaran Semasa * Peratus Keperluan Margin

    Contohnya, jika anda ingin berdagang 1 lot XAUUSD: 1*100*1740*0.5/100 = 870 USD.

    Jika anda ingin berdagang perak: 1*5000*25.391*1/100=1269.55 USD

     

    Saiz Kontrak:

    XAUUSD,XAUEUR (Emas) = 100 bagi setiap 1 lot

    XAGUSD,XAGEUR (Perak) = 5,000 bagi setiap 1 lot

    Keperluan Margin:

    Emas (XAUUSD, XAUEUR) = 0.5% (1:200 leverage tetap)

    Perak (XAGUSD, XAGEUR) = 1% (1:100 leverage tetap)

    Contoh EURUSD = 1.197179
    Contoh JPYUSD = 109.272

     

    Contoh DE30

    DE30 1 Lot ==> 1*115270.201/100 = 152.702 EUR = 152.702 1.19179 = 181.98 USD

     

    Contoh JP225

    JP225 1 Lot ==> 1*100*29769*1/100= 29769 JPY = 29769/109.272 = 272.43 USD

  • Bagaimana saya boleh cari server M4Markets pada platform?

    Untuk MT4, server adalah M4Markets-Real1.

    Untuk MT5, server adalah M4Markets-MT5.

  • Bagaimana cara kira swap untuk pasangan mata wang (forex) dan Emas/Perak?

    Formula swap adalah: Swap Long/Short dalam poin (Nilai poin Lot dalam mata wang petikan).

    Sila ambil perhatian bahawa, bergantung pada instrumen, swap akan menjadi tiga kali ganda pada satu hari dalam seminggu.

    Contoh: 5 lot beli GBP/USD dengan Swap Long -1.909.
    1 poin bersamaan 1 USD. Jadi, 5 (-1.909) = -9.55 USD, swap untuk 5 lot beli GBP/USD dalam satu hari.

    Contoh: 2.25 lot jual GBP/JPY dengan Swap Short -2.852.
    1 poin bersamaan 100 JPY.
    Jadi, 2.25 *100*(-2.852) = -641.70 JPY

    Contoh: 14.10 lot beli USOIL dengan Swap Long -12.075 poin.
    1 poin bersamaan 0.001 USD.
    Jadi, 14.10 * 0.001 (-12.07) = -12.05 USD

    *Nota: Mata wang petikan dinyatakan dalam nilai poin lot dalam kurungan.

    **Sila ambil perhatian bahawa setiap hari Rabu, swap rollover akan menjadi tiga kali ganda.

  • Apakah saiz posisi minimum dan maksimum?

    Saiz dagangan minimum untuk Forex ialah 0.01 lot dan saiz dagangan maksimum ialah 50 lot. Jumlah maksimum pesanan yang boleh anda buka adalah 200.

  • Apakah paras margin call dan stop out?

    Margin call adalah pada 100% dan Stop Out Level adalah pada 20% untuk akaun Standard dan pada 40% untuk Raw Spread dan Premium manakala ia adalah 30% untuk akaun Dynamic Leverage.

  • Apakah model pelaksanaan dagangan M4Markets?

    Trinota Markets (Global) Limited adalah FSA Seychelles broker yang dikawal selia oleh FSA Seychelles dengan model pelaksanaan No Dealing Desk (NDD) sepenuhnya automatik, yang menyediakan kecairan dari bank-bank global terkemuka dan dana lindung nilai (hedge funds).

  • Apa itu margin?

    Margin adalah jumlah wang yang anda perlukan untuk membuka dagangan, dibahagikan dengan leverage atau didarabkan dengan keperluan margin, bergantung pada instrumen.

    Tahap Margin adalah Ekuiti dibahagikan dengan Margin yang digunakan. Contohnya, Tahap Margin = Ekuiti / Margin.

    Margin Bebas adalah Ekuiti tolak Margin. Contohnya, Margin Bebas = Ekuiti – Margin.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keperluan margin kami, sila lawati halaman khusus kami di sini.

  • Apa itu stop loss?

    Stop Loss* adalah pesanan yang boleh diletakkan oleh pelanggan untuk mengurangkan kerugian atau mengehadkan keuntungan. Untuk pesanan Beli, Stop Loss hanya boleh diletakkan di bawah harga semasa; manakala untuk pesanan Jual, Stop Loss hanya boleh diletakkan di atas harga semasa.

    *Harap maklum bahawa pesanan Stop Loss tidak dijamin. Semasa tempoh volatiliti pasaran yang tinggi, harga mungkin mengalami gap dan pesanan boleh dilaksanakan pada tahap yang berbeza daripada yang diminta, yang boleh menyebabkan kerugian atau sasaran terlepas.

  • Apa itu take profit?

    Take Profit* adalah pesanan yang boleh diletakkan oleh pelanggan untuk menutup posisi secara automatik apabila harga Take Profit tertentu dicapai. Untuk pesanan Beli, Take Profit hanya boleh diletakkan di atas harga semasa; manakala untuk pesanan Jual, Take Profit hanya boleh diletakkan di bawah harga semasa.

    *Harap maklum bahawa pesanan Take Profit tidak dijamin. Semasa tempoh volatiliti pasaran yang tinggi, harga mungkin mengalami gap dan pesanan boleh dilaksanakan pada tahap yang berbeza daripada yang diminta, yang boleh menyebabkan kerugian atau sasaran terlepas.

  • Apa itu pengiraan keuntungan untuk CFD?

    Pengiraan keuntungan untuk CFD adalah (Harga Tutup – Harga Buka) * Saiz Kontrak Lot.

    Sila ambil perhatian bahawa saiz lot bagi setiap CFD adalah berbeza.

  • Apakah kelajuan pelaksanaan anda?

    Kelajuan pelaksanaan minimum kami ialah 30ms.

  • Mengapa kadar rollover digandakan tiga kali pada hari Rabu?

    Walaupun swap adalah untuk 7 hari seminggu, broker hanya buka untuk dagangan 5 hari seminggu. Oleh itu, pada hari Rabu, swap digandakan tiga kali untuk menampung kos hujung minggu.

  • Apakah leverage akaun maksimum yang anda tawarkan?

    Leverage bergantung pada instrumen. Leverage minimum yang kami tawarkan ialah 1:1 dan maksimum ialah 1:1000. Kami juga menawarkan akaun leverage dinamik sehingga 1:5000. Maklumat lanjut mengenai leverage boleh didapati di sini.

  • Apakah pilihan pembayaran yang anda sediakan?

    M4Markets menawarkan pelbagai pilihan pembayaran seperti e-wallet, pembayaran elektronik, pemindahan wang tempatan dan pemindahan wang bank. Untuk maklumat terkini tentang kaedah pendanaan dan pengeluaran di negara anda, sila rujuk ke Client Portal anda.

  • Apakah jumlah minimum dan maksimum yang boleh saya depositkan atau keluarkan?

    Terdapat jumlah minimum untuk setiap deposit/pengeluaran berdasarkan jenis akaun dan kaedah pembayaran anda.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Deposit & Pengeluaran kami.

  • Apakah prosedur keutamaan pengeluaran anda?

    M4Markets memproses pengeluaran atau bayaran balik hanya ke sumber asal deposit. Semua permintaan pengeluaran akan dilaksanakan dalam masa satu hari bekerja.

  • Bagaimana cara untuk membuat deposit?

    Membuat deposit boleh dilakukan dalam 3 langkah mudah:

    1. Log masuk ke kawasan pelanggan anda dan klik butang Deposit di sebelah kanan atas.
    2. Pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan.
    3. Masukkan jumlah dan ikut arahan yang diberikan.
  • Adakah yuran deposit/pengeluaran dikenakan?

    Kami tidak mengenakan sebarang yuran untuk pilihan deposit atau pengeluaran kami.

  • Bolehkah saya deposit/pengeluaran dari akaun rakan/keluarga?

    Tidak. Sebagai syarikat yang dikawal selia, kami tidak menerima deposit dan/atau pengeluaran daripada pihak ketiga. Deposit hanya boleh dibuat dari akaun peribadi anda, dan pengeluaran mesti dikembalikan ke sumber asal deposit tersebut.

  • Bolehkah saya mengeluarkan wang jika saya mempunyai posisi terbuka?

    Ya, anda boleh. Sistem kami akan menunjukkan jumlah yang tersedia untuk pengeluaran.

  • Berapa lama masa yang diambil untuk dana sampai ke akaun bank peribadi saya?

    Kami memproses semua permintaan pengeluaran yang diterima dalam satu hari bekerja. Walau bagaimanapun, dana anda mungkin mengambil masa lebih lama untuk sampai ke akaun bank anda bergantung kepada negara tempat tinggal dan kaedah pembayaran yang dipilih. Untuk pembayaran melalui e-wallet dan kad kredit/debit, dana akan dikreditkan serta-merta. Pembayaran melalui pemindahan bank biasanya mengambil masa antara 3-5 hari bekerja. M4Markets tidak bertanggungjawab sekiranya penyedia perkhidmatan pembayaran mengambil masa lebih lama daripada biasa.

  • Berapa lama masa yang diambil untuk deposit melalui e-wallet atau kaedah pembayaran lain dimasukkan ke dalam akaun dagangan saya?

    Semua deposit yang dibuat melalui e-wallet akan dikreditkan ke akaun dagangan anda dengan segera. Deposit melalui pemindahan bank mungkin mengambil masa sehingga 5 hari untuk diterima dan setelah kami terima, kami akan segera mengkreditkan akaun dagangan anda.

  • bagaimana saya boleh mengeluarkan wang?

    Dana biasanya akan dikembalikan ke sumber yang sama dengan deposit yang kami terima. Sekiranya terdapat keuntungan yang dijana, dana tersebut akan dihantar sama ada ke sumber deposit asal atau ke kaedah pembayaran lain bergantung pada sumber deposit asal.

  • Adakah mungkin untuk memindahkan wang dari satu akaun dagangan ke akaun dagangan lain?

    Ya, anda boleh membuat permintaan pemindahan dalaman antara akaun dagangan anda, tetapi hanya jika kedua-dua akaun dibuka di bawah akaun/profil M4Markets yang sama. Jika mata wang asas berbeza, jumlah tersebut akan ditukar secara automatik. Permintaan pemindahan dalaman boleh dibuat melalui Portal Pelanggan anda.

  • Berapa lama masa pemprosesan deposit?

    untuk digunakan dalam akaun anda dalam masa 24 jam. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk halaman Deposit & Pengeluaran kami.

  • Bagaimana saya boleh muat turun MT4/MT5?

    Anda boleh muat turun platform dagangan pilihan anda dari laman web kami atau dari Portal Pelanggan Anda.

    Untuk muat turun platform MT4 klik di sini. Untuk muat turun platform MT5 klik di sini. Alternatifnya, log masuk ke Portal Pelanggan anda dan pergi ke tab Muat Turun.

  • Apakah perbezaan antara MT4 dan MT5? Perlukah saya muat turun MT4 atau MT5?

    MT4 adalah versi sebelumnya berbanding MT5. MT5 mempunyai beberapa ciri unik dan lebih maju dari segi teknologi berbanding MT4. Anda boleh lihat senarai terperinci tentang perbezaan kedua-dua platform di sini.

  • Bagaimana cara saya log masuk ke MT4/MT5?

    Anda boleh muat turun platform dagangan pilihan anda dari laman web kami atau dari Portal Pelanggan anda.
    Untuk muat turun platform MT4 klik di sini. Untuk muat turun platform MT5 klik di sini. Alternatifnya, log masuk ke Portal Pelanggan anda dan pergi ke tab Muat Turun.

  • Bagaimana saya tambah dana ke Akaun Demo?

    Anda boleh tambah dana ke Akaun Demo anda semasa penciptaan akaun. Anda hanya perlu pilih syarat untuk demo anda dan jumlah dana maya yang ingin ditambah. Untuk tambahan dana, anda boleh hubungi pasukan sokongan kami dan mereka akan uruskan permintaan anda.

  • Bagaimana saya tambah indikator?

    Seret indikator dari Navigator ke carta anda dan ia akan dipasang secara automatik ke carta tersebut.

  • Bagaimana saya log masuk ke MT5?

    Buka platform dagangan anda dan pilih Fail – Log Masuk ke Akaun Dagangan. Anda akan diminta untuk masukkan nombor akaun dan kata laluan anda. Anda juga perlu pilih server yang berkaitan.

  • Bagaimana saya menjadi Introducer/Rakan Kongsi (IB)?

    Lengkapkan proses pengesahan untuk menjadi pelanggan (maklumat Identiti, Tempat Tinggal dan Profil Ekonomi).

    Kemudian pilih pilihan: Menjadi Introducer dalam Menu IB anda.

    Isi borang Permohonan IB dengan maklumat yang diperlukan.

    Borang permohonan anda akan disemak oleh jabatan rakan kongsi kami dan Pengurus Akaun akan menghubungi anda untuk membincangkan permohonan tersebut.

    Pasukan Rakan Kongsi kami akan menghantar Perjanjian IB untuk ditandatangani secara elektronik.

Tidak pasti di mana untuk mencari
apa yang anda perlukan?

Buka Akaun

Perdagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang ketara

Hubungi Pakar Kami Bila-bila Masa

Tidak pasti di mana untuk mencari apa yang anda perlukan?
Jawapan mudah kepada soalan popular boleh didapati dalam Pusat Bantuan