Pasaran global dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu, bermula dengan sesi Asia di Tokyo pada jam 10 malam waktu GMT pada hari Ahad, diikuti sesi London pada jam 8 pagi GMT, dan kemudian sesi Amerika Syarikat yang dibuka pada jam 1 tengah hari GMT serta ditutup pada jam 10 malam GMT pada hari Jumaat.
Server kami disetkan pada waktu GMT+3 semasa musim panas dan GMT+2 semasa musim sejuk. Perdagangan untuk hampir semua pasangan forex dibuka pada hari Isnin jam 00:05 dan ditutup pada hari Jumaat jam 23:55 mengikut waktu server.
Waktu perdagangan boleh berubah semasa cuti dan juga mungkin berubah dalam keadaan pasaran yang luar biasa seperti ketika berlaku turun naik pasaran. Untuk maklumat terkini mengenai waktu perdagangan bagi instrumen pilihan anda, sentiasa rujuk terminal perdagangan anda.
Tidak pasti di mana untuk mencari apa yang anda perlukan? Jawapan mudah kepada soalan popular boleh didapati dalam Pusat Bantuan
Perdagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang ketara